Pertempuran di Iraq: Hampir 3,000 penduduk melarikan diri - Utusan Malaysia

Pertempuran di Iraq: Hampir 3,000 penduduk melarikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Pertempuran sengit antara tentera dan militia yang dikaitkan dengan kumpulan pemisah Kurdish memaksa ribuan orang melarikan diri dari sebuah bandar di utara Iraq.

Lapor Al Jazeera, sekurang-kurangnya 3,000 orang meninggalkan Sinjar serta kawasan sekitarnya dan menuju ke arah utara wilayah separa autonomi Kurdish untuk mencari perlindungan.

Pertempuran mula meletus pada Ahad lalu apabila tentera Iraq melancarkan operasi terhadap pasukan YBS, kumpulan militia yang ada kaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Pertempuran antara tentera Iraq dan kumpulan YBS menjadi semakin sengit sehingga merebak ke kawasan lain di daerah Sinjar.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Migrasi dan Tindak Balas Krisis, Pir Dayan berkata, penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran kini ditempatkan di seluruh kem di wilayah Dohuk.

Katanya, kerajaan wilayah Kurdistan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menangani situasi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya