BAITULMUQADDIS: Pertembungan terbaharu meletus antara penduduk Palestin dan Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa, selepas ketegangan mereda selama 10 hari di tapak suci itu.
Menurut polis Israel, mereka menahan puluhan orang yang melemparkan batu dan objek lain ke arah pasukan keselamatan.
Seorang wartawan AFP melaporkan sejumlah besar anggota polis berada di hadapan pekarangan masjid itu.
Setakat ini, Bulan Sabit Merah Palestin belum melaporkan sebarang kecederaan akibat pertempuran itu.
Sejak pertengahan April lalu, pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin menyebabkan kira-kira 300 orang cedera di pekarangan masjid Al-Aqsa. – AFP