Perarakan bendera Zionis: Rusuhan ganas dikhuatiri tercetus di Baitulmuqaddis - Utusan Malaysia

Perarakan bendera Zionis: Rusuhan ganas dikhuatiri tercetus di Baitulmuqaddis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Rakyat Palestin di Baitulmuqaddis bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku apabila upacara perarakan bendera Israel bakal berlangsung di Kota Lama hari ini.

Perarakan itu dikhuatiri mencetuskan semula keganasan antara Palestin dan Israel.

Pejabat Perdana Menteri Israel mengesahkan bahawa perarakan bendera itu tetap akan diteruskan biarpun terdapat risiko berlakunya rusuhan ganas.

Malah, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett enggan menarik balik upacara tersebut biarpun didesak pelbagai pihak supaya membatalkan upacara berkenaan.

“Perarakan bendera itu akan dilaksanakan mengikut ketetapan yang dirancang,” menurut pejabatnya.

Perarakan tahunan itu diadakan di Baitylmuqaddis bagi meraikan kejayaan Zionis menawan Kota Lama dalam perang Asia Barat pada 1967, menyaksikan penduduk Yahudi bersorak dan berarak di tengah jalan.

Namun, bagi rakyat Palestin, perarakan itu disifatkan sebagai satu provokasi secara terang-terangan, selain dilihat sebagai pencerobohan terbuka oleh Zionis.

Kumpulan Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza dilaporkan melancarkan serangan roket ketika perarakan tahun lalu, sehingga mencetuskan perang selama 11 hari yang menyebabkan ratusan orang maut.

Hamas dalam kenyataan semalam menggesa rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis bersama komuniti minoriti Arab Israel untuk bersama-sama bangkit mempertahankan Baitulmuqaddis dan Masjid al-Aqsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya