fbpx

Peperiksaan tergendala sebab kurang pengawas

PENGAWAS peperiksaan enggan hadirkan diri kerana takut dijangkiti Covid-19. - AFP

LONDON: Peperiksaan di sekolah Britain bakal tergendala disebabkan kekurangan pengawas peperiksaan untuk menyelia peperiksaan pada musim panas ini. 

Dilaporkan, pengawas peperiksaan enggan hadirkan diri kerana takut dijangkiti Covid-19.

Memetik laporan Daily Mail, Persatuan Pemimpin Sekolah dan Kolej (ASCL) menegaskan kekurangan itu perlu diatasi segera dengan digantikan oleh kakitangan lain dan ibu bapa pada masa tertentu.

ASCL juga berpandangan isu kekurangan pengawas peperiksaan disebabkan sama ada mereka sudah mendapat pekerjaan baharu atau bimbang dijangkiti Covid-19 di sekolah.

Setiausaha Agung ASCL, Geoff Barton berkata, kekurangan pengawas peperiksaan menyebabkan sekolah terpaksa melatih kakitangan mereka sendiri untuk melakukan tugasan tersebut.

“Ia jelas menunjukkan terdapat kesukaran untuk merekrut pengawas peperiksaan yang mencukupi.

“Saya rasa sekiranya kit Covid-19 diberikan secara percuma kepada pelajar yang menduduki peperiksaan, sudah tentu ia akan meyakinkan kakitangan itu.

“Justeru, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini,” katanya.   

Sementara itu, Kementerian Pendidikan memaklumkan pihaknya yakin pengurusan sekolah mampu mengatasi masalah tersebut.

Kementerian juga menegaskan pihak pengurusan sekolah sudah tentu mempunyai perancangan kukuh untuk menangani isu berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN