Pentagon nafi dedah lokasi jeneral Russia - Utusan Malaysia

Pentagon nafi dedah lokasi jeneral Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menafikan dakwaan kononnya pihaknya memberi risikan mengenai lokasi jeneral Russia di medan perang bagi membolehkan tentera Ukraine mereka.

Menjawab laporan berita New York Times berhubung sokongan AS terhadap tentera Ukraine, Jurucakap Pentagon John Kirby mengakui AS menyalurkan perisikan tentera kepada tentera Kyiv bagi `membantu rakyat mempertahankan negara mereka’.

“Bagaimanapun, kami tidak memberi maklumat risikan mengenai lokasi pegawai kanan tentera di medan perang atau mengambil bahagian dalam keputusan tentera Ukraine,” katanya.

Dalam pendedahan berasingan, media tempatan melaporkan AS berkongsi maklumat risikan yang membantu Ukraine membedil kapal perang milik Russia, Moskva sehingga ia karam.

Seorang pegawai AS yang identitinya dirahsiakan, berkata negara itu tidak `menyalurkan maklumat sasaran khusus pada kapal’.

“Kami memberi pelbagai risikan untuk membantu Ukraine memahami ancaman dicetuskan oleh kapal Russia di Laut Hitam dan bagi membantu mereka bersiap sedia daripada potensi serangan di laut,” katanya.

Dalam laporan berita yang disiarkan NBC, pegawai itu menyatakan Ukraine bertanya kepada Washington mengenai kapal berlayar Laut Hitam, yang mana AS bantu mengesahkan lokasinya selain mengenal pasti ia sebagai Moskva.

Bagaimanapun, katanya, AS tidak tahu Ukraine akan menyerang kapal perang itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya