fbpx

27 Jun 2022, 5:02 pm

  TERKINI

Pemimpin dunia rakam takziah kepada Sheikh Khalifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Pemimpin dari Asia Barat dan negara-negara lain merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan yang kembali ke rahmatullah, Jumaat lalu. 

Lapor Arab News, Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman turut melahirkan dukacita dan simpati kepada Kerajaan UAE. 

Sultan Oman, Haitham Tarik pula berkata, pihaknya berkongsi kesedihan di atas pemergian Sheikh Khalifa yang meninggal dunia ketika berusia 73 tahun. 

Susulan itu,  Kerajaan Oman mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari. 

Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi ciapan Twitter melahirkan kesedihan mendalam kerana menyifatkan beliau sebagai seorang negarawan yang hebat dan pemimpin berwawasan serta hubungan India-UAE berkembang pesat di bawah kepemimpinannya. 

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyifatkan Sheikh Khalifa sebagai ‘rakan kerjasama dan rakan sebenar bagi AS’. 

“Kami akan menghormati jasanya dengan meneruskan hubungan yang sudah terjalin lama antara pihak kerajaan dan rakyat AS serta UAE,” katanya.

Presiden Rusia, Vladimir Putin turut memuji beliau di atas hubungan baik dan kerjasama erat dengan negara itu. 

Presiden Perancis, Itali dan Perdana Menteri United Kingdom turut berkongsi kesedihan terhadap pemergian Sheikh Khalifa yang menjadi Presiden UAE kedua, pada November 2004. 

Sheikh Khalifa dilahirkan pada 1948 dan meninggalkan seorang isteri dan lapan anak. 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI