TEXAS: Sekurang-kurangnya 18 murid dan tiga dewasa termasuk guru terkorban dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah rendah, di sini semalam.
Bercakap kepada media, Gabenor Texas, Greg Abbott berkata, suspek yang berusia 18 tahun melepaskan tembakan di Sekolah Rendah Robb di Uvalde yang terletak 80 kilometer ke barat San Antonio.
“Suspek menembak mati 18 murid dan tiga dewasa. Suspek kemudiannya ditembak oleh anggota polis yang dikerah ke lokasi kejadian selepas laporan dibuat.
“Suspek merupakan seorang remaja lelaki yang tinggal di Uvalde. Menurut laporan awal polis, suspek dikatakan meninggalkan kenderaannya dan memasuki sekolah tersebut sambil membawa senjata api,” katanya.
Sementara itu, Hospital Memorial Uvalde memaklumkan, seramai 13 murid turut dibawa ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan, dengan dua daripaanya sudah meninggal dunia.
Insiden keganasan senjata api sudah membelenggu Amerika Syarikat sejak berdekad lamanya, terutamanya melibatkan pelajar dan sekolah.- AFP