MUIS siasat rumah sembelihan Australia

MUIS siasat rumah sembelihan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang menyiasat dakwaan status halal sebuah rumah sembelihan haiwan di Australia yang didapati tidak mematuhi protokol.

Tindakan itu diambil selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung kelulusan diberikan kepada Thomas Foods International Lobethal di Lobethal, Australia ekoran isu halal yang menimbulkan keraguan.

Lapor The Straits Times, MUIS bekerjasama dengan Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi mendapatkan maklumat berkaitan rumah sembelihan itu daripada Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar Australia.

MUIS menerusi Facebook memaklumkan rumah sembelihan tersebut mendapat akreditasi SFA untuk mengeksport daging ke Singapura.

“Berdasarkan semakan SFA, import daripada premis itu memenuhi syarat-syarat keselamatan makanan.

“Penyembelihan dan atau daging diproses di rumah sembelihan itu disahkan halal oleh Majlis Tertinggi Islam bagi Daging Halal di Australia Inc (SICHMA),” jelasnya.

Menurut MUIS, SICHMA disenaraikan sebagai antara badan pensijilan halal luar negara diiktraf MUIS di bawah rangka kerja pengiktirafan sebelum ini.

Jelas MUIS, majlis itu sudah menyerahkan permohonan baharu di bawah rangka kerja pengiktirafan, yang diperkenalkan baru-baru ini.

“Keputusan MUIS berhubung pembaharuan permohonan pengiktirafan SICHMA masih dalam pertimbangan.

“Jika hasil siasatan menunjukkan terdapat kelemahan serius pada SICHMA, maka MUIS akan memutuskan untuk tidak memperbaharui permohonnya untuk diiktiraf sebagai badan pensijilan halal luar negara,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang bekas pekerja sebuah rumah penyembelihan di Australia membuat pengakuan secara terbuka yang mendakwa ada bukti rakaman video cara sembelihan haiwan di situ yang melanggar protokol adalah benar sebagaimana didedahkan Utusan Malaysia sejak 14 April lalu.

Susulan itu, Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memutuskan untuk menggantung lesen loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal di Australia susulan isu penyembelihan yang meragukan itu sehingga satu hasil siasatan menyeluruh diperoleh.

Malah, SICHMA selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu pula akan diberi surat tunjuk sebab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya