Lelaki tikam jurulatih sebab tak terpilih main futsal

Lelaki tikam jurulatih sebab tak terpilih main futsal

RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek menikam mangsa di rumahnya di Pekan Baru.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN BARU: Gara-gara tidak berpuas hati kerana tidak terpilih dalam pasukan futsal, seorang pemain menikam jurulatihnya sendiri di bandar ini. 

Kejadian tersebut berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sehingga tular dalam media sosial, lapor Kompas.com.  

Menerusi rakaman tersebut, suspek dilihat menaiki motosikal dengan mengenakan baju berwarna merah dan seluar pendek ke rumah mangsa. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Pekan Baru, Andrie Setiawan berkata, mangsa dilihat membuka pintu sebelum tertuduh mengeluarkan pisau dari seluarnya dan menikam di bahagian perut mangsa. 

Jelasnya, mangsa dikejarkan ke hospital dan suspek berusia 30 tahun berjaya diberkas selepas menyerang mangsa di rumahnya di Rumbai Pesisir.  

Katanya, motif serangan disebabkan suspek hanya diletakkan sebagai pemain simpanan dan tidak menjadi pemain utama semasa perlawanan futsal sebelum ini. 

“Lelaki itu merupakan sebahagian daripada pasukan futsal. Dia tidak terpilih untuk bermain dan hanya duduk di bangku simpanan. Jadi, dia berasa sakit hati dengan mangsa,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya