Kambing biri-biri ‘dipenjara’ 3 tahun di Sudan

Kambing biri-biri ‘dipenjara’ 3 tahun di Sudan

KAMBING biri-biri yang menanduk seorang wanita hingga maut.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Akibat menanduk seorang wanita hingga maut, seekor kambing biri-biri jantan dihukum ‘penjara’ tiga tahun di Akuwal, Rumbek, Sudan Selatan. 

Lapor Daily Star, haiwan itu didakwa melakukan serangan sehingga mengenai dada mangsa, Adhieu Chaping, 45, hujung minggu lalu. 

Hukuman tersebut diputuskan oleh pemimpin setempat dan kambing biri-biri itu perlu ditempatkan di sebalik jeriji besi di kem tentera. 

Ketua Polis, Elijah Mabor berkata, serangan kambing itu mengenai rusuk wanita itu sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. 

Beliau juga mengesahkan kedua-dua pihak bersetuju pemilik kambung perlu memberikan lembu kepada keluarga mangsa berdasarkan perjanjian yang dilaksanakan oleh ketua penduduk. 

Difahamkan, keluarga mangsa menerima lima ekor lembu sebagai pampasan daripada pemilik kambing.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya