Jet F7 terhempas, dua juruterbang Iran maut

Jet F7 terhempas, dua juruterbang Iran maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Dua juruterbang Iran maut selepas jet pejuang F7 yang dinaiki terhempas berhampiran bandar Anarak, 200 kilometer dari timur bandar Isfahan, hari ini.

Pegawai dari wilayah itu berkata, jet itu mengadakan misi latihan menembak sebelum berlaku kemalangan pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

Pakar berkata, Iran mempunyai rekod keselamatan udara yang lemah, dengan kemalangan berulang yang kebanyakan membabitkan pesawat yang dibeli sebelum Revolusi Islam 1979 serta kekurangan alat ganti untuk penyelenggaraan.

Februari lalu, sebuah jet F5 yang digunakan oleh tentera Iran terhempas ke dinding sebuah sekolah di bandar barat laut Tabriz sehingga menyebabkan dua juruterbang terbunuh dan melanggar pemandu kereta.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.