Jari pegawai zoo dibaham singa hingga putus

Jari pegawai zoo dibaham singa sampai putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMAICA: Seorang lelaki menyesal seumur hidup selepas jarinya digigit oleh singa sehingga putus di zoo negara ini.

Lapor Daily Star, pegawai zoo tu pada mulanya cuba menunjukkan aksi berani dengan memasukkan tangan ke dalam kandang singa, kononnya untuk membelai dan mengusik singa besar yang garang itu.

Singa itu diikat dan dirantai di hadapan 15 pengunjung ketika itu.

Lelaki itu asalnya tidak menghiraukan ngauman haiwan tersebut, dan bertepuk tangan sebelum menjerit dengan kata-kata makian selepas jarinya dibaham singa tersebut.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut cuba menarik keluar jari lelaki itu dari dalam rahang singa, malangnya ia terputus sepenuhnya sebelum mangsa terjatuh ke belakang.

Seorang pengunjung berkata, dia tidak menyangka kejadian itu bertukar serius kerana menyangka ia hanyalah gurauan daripada pegawai zoo itu.

“Apabila dia rebah ke tanah, barulah saya dan orang lain merasakan ia adalah insiden serius dan semua menjadi panik,” katanya.

Pegawai zoo itu dilaporkan masih boleh berjalan menuju ke kereta sebelum beredar dengan memandu sendiri kenderaan tersebut.

Difahamkan, pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Jamaica sedang menyiasat tragedi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.