Inflasi tinggi, jenayah di London melonjak

Inflasi tinggi, jenayah di London melonjak

PELANGGAN melihat nota yang diletakkan ketika membeli-belah di pasar raya Budapest.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketua Polis, Andy Cooke memberi amaran rakyat akan merusuh kerana kadar inflasi tinggi di United Kingdom. 

Jelasnya, ramai rakyat akan terdesak untuk meneruskan kehidupan termasuk mencuri makanan.

Oleh itu, beliau meminta pegawai polis menggunakan kuasa budi bicara ketika berdepan dengan individu yang mencuri makanan untuk mengisi perut mereka. 

Menerusi temu bual dengan The Guardian, Cooke berkata, beliau bukan bermaksud orang ramai boleh keluar dan mencuri makanan di kedai, namun menjelaskan setiap pegawai polis perlu memastikan kes diuruskan dengan cara terbaik. 

“Saya fikir apabila anda melihat peningkatan kos sara hidup atau melihat lebih ramai jatuh miskin, kes jenayah pasti akan meningkat.

“Sudah tentu ia menjadi satu cabaran untuk ditangani oleh pihak polis. Saya menyokong penuh anggota polis menggunakan budi bicara mereka secara lebih kerap,” katanya. 

Bagaimanapun, kenyataan itu diselar oleh Menteri Polisi, Kit Malthouse yang menuduh Cooke ‘berfikiran kolot’ kerana menyatakan kejutan ekonomi akan menyebabkan lebih banyak jenayah berlaku. 

Malthouse menegaskan anggota polis perlu menguatkuasakan undang-undang pada bila-bila masa. 

“Pegawai polis perlu menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih. 

“Kedua, adalah tidak betul untuk mengatakan apabila ekonomi berubah-ubah, begitu juga dengan jenayah. Kita sudah lihat pada masa lalu, ketika masalah ekonomi berlaku kes jenayah meningkat atau sebaliknya,” katanya.  

Beliau malah memberitahu akan memastikan pihak polis tidak menutup mata terhadap perompak kedai yang mencuri makanan.

“Mereka tidak sepatutnya mengabaikan jenayah yang kelihatan kecil itu,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya