Individu misteri sembunyikan wang di seluruh bandar - Utusan Malaysia

Individu misteri sembunyikan wang di seluruh bandar

PENDUDUK diberi petunjuk untuk mencari bungkusan mengandungi wang tunai. - FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Penduduk di Miramichi, Kanada tertarik dengan satu permainan misteri selepas mendapati seorang individu yang tidak dikenali menyembunyikan sejumlah wang tunai di seluruh bandar itu.    

Penduduk tempatan turun ke jalanan untuk mengikut petunjuk diberikan dengan harapan dapat mencari wang yang disembunyikan di beberapa lokasi di seluruh metropolis Miramichi. 

Memetik laporan Mirror, petunjuk tersebut disiarkan pada halaman kumpulan Miramichi Mystery Machine di Facebook. 

“Petunjuk itu sudah membawa penduduk ke beberapa tempat seperti kawasan hutan dan ladang untuk mencari wang tunai sebanyak 60 pound (RM323) dan 50 pound (RM161).  

“Tiada siapa tahu individu di sebalik permainan itu, namun ia tidak menghalang orang ramai tertarik dengan misteri pencarian wang tunai,” jelas laporan itu.   

Misteri pencarian wang itu bermula awal bulan ini selepas satu petunjuk dimuat naik pada platform media sosial tersebut.

Petunjuk itu tertera `1 Mei, pukul 7 malam, wang sejumlah 60 pound (RM323) disembunyikan di Ritchie Wharf.           

Puluhan orang tiba di lokasi dinyatakan dan wang tersebut berjaya ditemukan dalam masa beberapa jam.

Sejak itu, ratusan orang mengambil bahagian dan petunjuk baharu dimuat naik dalam platform itu hampir setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya