Imran Khan ajak penyokong berhimpun seluruh Pakistan

Imran Khan ajak penyokong berhimpun seluruh Pakistan

IMRAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memanggil penyokongnya untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pelaksanaan pilihan raya baharu di ibu negara, 25 Mei ini. 

Gesaan itu disuarakan selepas perdana menteri yang digulingkan itu mengadakan perbincangan bersama pemimpin parti Tehreek-e-Insaf di bandar Peshawar. 

Imran menjelaskan, himpunan itu bertujuan melindungi kedaulatan negara kerana undi tidak percaya sebelum ini merupakan konspirasi Amerika Syarikat (AS) untuk menyingkirkan dirinya daripada jawatan tertinggi negara itu. 

Imran berulang kali mendakwa parti pembangkang Pakistan bekerjasama dengan kuasa asing selepas keengganannya untuk menyokong Washington dalam isu menentang Russia dan China.   

“Kami tidak sesekali akan menerima kerajaan baharu ini, tidak kira berapa lama kami perlu kekal berada di Islamabad, kami terus berada di sini,” katanya kepada wartawan di Peshawar. 

Beliau menggesa pihak berkuasa tidak menghalang himpunan tersebut. 

Himpunan tersebut dijangka mendapat sokongan daripada penyokong Imran dari luar kawasan bandar sebelum mereka bergerak menuju ke pusat bandar di Islamabad. 

Imran menjadi Perdana Menteri selama lebih tiga tahun setengah sebelum digulingkan menerusi undi tidak percaya di Parlimen oleh semua gabungan utama parti politik Pakistan.

Sejak pengundurannya, beliau kerap menganjurkan tunjuk perasaan di beberapa bandar bagi menunjukkan sokongan kuat rakyat terhadapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya