Hampir sejuta penduduk Kanada bergelap tanpa bekalan elektrik - Utusan Malaysia

Hampir sejuta penduduk Kanada bergelap tanpa bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Hampir 900,000 kediaman di Kanada terputus bekalan elektrik selepas ribut kencang melanda wilayah Ontario dan Quebec.

Polis di wilayah Ontario mengesahkan tujuh orang terbunuh akibat dihempap pokok tumbang.

Mangsa kelapan merupakan seorang wanita yang lemas apabila bot dinaikinya terbalik di Sungai Ottawa, berhampiran Gatineau, pinggir bandar Quebec.

Menurut laman sesawang Environment Canada, tiupan angin mencecah 132 kilometer sejam (km/j) ketika ribut.

Syarikat Hydro One memaklumkan pihaknya sedang berusaha memulihkan semula bekalan elektrik terputus di Ontario.

Jelasnya, ia akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk bekalan elektrik kembali seperti biasa.

Sementara itu, Hydro Quebec pula berkata, sebanyak 550,000 rumah terputus bekalan elektrik, dengan hampir 400,000 lagi masih mengalami gangguan tersebut.

Ribut kencang yang berlarutan selama lebih dua jam menumbangkan banyak pokok, menganggu lalu lintas dan merosakkan kediaman di wilayah tersebut. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya