Gaji rendah, pensyarah boikot tanda kertas peperiksaan pelajar

Gaji rendah, pensyarah boikot tanda kertas peperiksaan pelajar

RIBUAN pelajar universiti di seluruh United Kingdom mungkin tidak dapat menamatkan pengajian pada tahun ini susulan pensyarah enggan menanda kertas peperiksaan mereka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ribuan pelajar mungkin tidak dapat menamatkan pengajian pada tahun ini kerana sejumlah pensyarah mengugut untuk memboikot menanda kertas peperiksaan mereka.

Lapor Daily Mail, pensyarah di 44 universiti ternama di seluruh United Kingdom (UK) termasuk Durham dan St. Andrews dijangka melancarkan mogok itu sebelum penghujung penggal akademik berhubung isu bayaran gaji, keadaan bekerja dan pakej pencen yang disifatkan ‘tidak berfaedah’.

Tindakan itu yang dilancarkan oleh Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) diumumkan pada minggu lalu dan dijangka bermula pada 23 Mei ini.

Setiausaha Agung UCU, Joe Grady berkata, ramai pensyarah menegaskan mereka tidak lagi ‘boleh cari makan’ di institusi pengajian tinggi kerana bayaran gaji yang diterima disifatkan tidak munasabah, perlu menanggung beban kerja yang melampau dan tiada tindakan diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

Perkara tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap banyak pelajar, terutamanya mereka yang sudah lama menunggu untuk graduasi.

Seorang daripada pelajar, Lucia Botfield berkata, tiada gunanya dia menghabiskan masa di perpustakaan untuk menelaah sedangkan kertas peperiksaannya tidak akan diperiksa.

“Apa gunanya saya belajar dengan tekun untuk menamatkan pengajian jika tiada pensyarah mahu menandai kertas peperiksaan saya?

“Adakah usaha pelajar boleh dipandang ringan? Soalnya.

Selain itu, ada juga pelajar yang membangkitkan isu tersebut dalam media sosial.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Michelle Donelan menyatakan pelajar universditi sudah berdepan tempoh yang mencabar semasa pandemik Covid-19 dan tindakan seterusnya boleh ‘merosakkan masa depan mereka’.

“Tidak adil untuk melepaskan semua rasa tidak puas hati itu kepada pelajar yang bertungkus-lumus untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN