Empat cedera ditikam di Norway

Empat cedera ditikam di Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Sekurang-kurangnya empat individu cedera ditikam dalam serangan rambang di Kampung Nore, Numedal, tenggara Norway.

Pihak polis memberitahu serangan tersebut menyebabkan seorang daripadanya parah.

Saksi memberitahu NRK News, dia melihat dua ambulans dan tiga helikopter di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan dan suspek berjaya ditahan 15 minit kemudian.

Serangan itu disifatkan sebagai keganasan yang mengancam nyawa dan ketenteraman ramai.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN