Donbas musnah dibedil tentera Russia

Donbas musnah dibedil tentera Russia

ANGGOTA bomba membersihkan serpihan konkrit yang musnah di bangunan kebudayaan di Derhachi, Kharkiv.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengumumkan tentera Russia ‘memusnahkan sepenuhnya’ wilayah perindustrian, Donbas yang terletak di tenggara negara itu. 

Tentera Moscos turut didakwa melancarkan pengeboman yang ‘tidak masuk akal’ ketika serangan semakin meningkat. 

Zelensky turut menuduh tentera Russia melakukan genosid dengan cuba membunuh seramai mungkin rakyat Ukraine.

Ketika tentera Ukraine bergelut untuk membebaskan wilayah Kharkiv di timur Kyiv, Zelensky berkata, Russia memberi lebih banyak tekanan di Donbas.

“Keadaan di sana umpama neraka. Serangan berterusan berlaku di wilayah Odesa, di bandar tengah Ukraine. Donbas pula musnah sepenuhnya.

“Ini adalah cubaan jenayah yang sengaja dilakukan untuk membunuh rakyat Ukraine besar-besaran serta memusnahkan kediaman, kemudahan sosial dan perusahaan,” katanya. 

Zelensky membuat ucapan menerusi video dan mendakwa 12 individu terbunuh dalam serangan bom ganas dan tidak masuk akal di Severodonetsk. 

Dalam pada itu, Ketua Turus Angkatan Tentera Ukraine memaklumkan Rusia meningkatkan serangan di Donetsk dan lima orang awam terkorban di wilayah itu. 

“Pihak musuh memusnahkan semua infrastruktur awam, termasuk di kawasan yang jauh dengan barisan hadapan perang,” katanya. 

Moscow sebelum ini berulang kali menegaskan tidak melancarkan serangan terhadap orang awam.-REUTERS  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.