Diperdaya hantar gambar bogel, remaja 17 tahun bunuh diri

Diperdaya hantar gambar bogel, remaja 17 tahun bunuh diri

RYAN Last meninggal dunia akibat bunuh diri pada Februari lalu selepas diugut oleh seorang scammer untuk menyebarkan gambar bogel. - CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN JOSE: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di California membunuh diri setelah diugut oleh seorang ‘scammer’ untuk menyebarkan gambar bogel sekiranya gagal membayar AS$5,000 (RM21,962).

Memetik laporan Daily Mail, scammer berkenaan memperdaya mangsa, Ryan Last dari San Jose, dengan menyamar sebagai seorang wanita dan memikatnya, malah suspek menghantar sekeping gambar bogel untuk ‘meyakinkan’ mangsa.

Kemudian, suspek meminta mangsa untuk melakukan perkara yang sama, iaitu menghantar gambar bogelnya.

Last yang terpengaruh dengan pujukan suspek terus menghantar gambarnya dan tidak lama selepas itu, dia diperas ugut.

Pelajar lelaki itu pada mulanya memaklumkan dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan suspek kemudian memintanya membayar AS$150 (RM658).

Last turut memaklumkan dia menggunakan semua wang simpanannya untuk diberikan kepada suspek.

Namun, suspek masih tidak berpuas hati serta terus meminta bayaran dari Last sehingga menyebabkan dia tertekan dan beberapa jam selepas itu, pelajar tersebut membuat keputusan untuk bunuh diri.

Mangsa yang juga seorang pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sobrato, dilaporkan meninggal dunia akibat bunuh diri pada Februari lalu.

Mayat Last ditemukan oleh ibunya, Pauline Stuart berserta sekeping nota bunuh diri.

Dalam nota tersebut, Last menceritakan insiden yang berlaku terhadapnya.

“Ada individu menghubungi anak saya dengan berpura-pura menjadi perempuan dan mereka memulakan perbualan sehingga Last terjerat.

“Ketika itu, dia memikirkan tiada cara lain untuk melepaskan diri sekiranya gambar tersebut disiarkan dalam talian.

“Nota ditinggalkan oleh anak saya menunjukkan dia benar-benar dalam ketakutan. Tiada kanak-kanak mahupun remaja sepatutnya mengalami keadaan demikian,” katanya dalam satu temubual bersama CNN

Kes kematian Last merupakan sebahagian daripada trend sextortian yang semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) yang mana scammer menyasarkan remaja lelaki. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN