Cacar monyet merebak ke Israel

Cacar monyet merebak ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA : Penyakit cacar monyet dilaporkan sudah merebak ke Israel, Switzerland dan Austria sekali gus menjadikan 15 negara dijangkiti penyakit itu.

Lapor BBC, Israel dan Switzerland mengesahkan jangkitan penyakit itu melibatkan seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Israel turut menyiasat kemungkinan kes jangkitan lain.

Lebih 80 kes direkodkan sejak penularan penyakit itu di Eropah seperti di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sebanyak 92 kes positif direkodkan termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara anggota yang bukan endemik bagi wabak itu.

Cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan simptom ringan dan diklasifikasikan sebagai wabak endemik di sebelah barat dan tengah Afrika.

Cacar monyet atau monkey pox boleh berjangkit akibat melakukan aktiviti seks.

Lebih membimbangkan jangkitan penyakit itu disifatkan sama berbahaya seperti varian Covid-19, tetapi sehingga kini tiada vaksin spesifik untuk mencegah jangkitan itu.

Kes pertama kali direkodkan di Republik Demokratik Congo, 1970an.

Antara gejalanya termasuk demam, sakit kepala dan ruam kulit bermula pada muka dan merebak ke seluruh badan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya