Artis Jepun terharu konsert di Jeddah dapat sambutan luar biasa

Artis Jepun terharu konsert di Jeddah dapat sambutan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Buat julung kalinya kumpulan muzik pertama dari Jepun, JAM Project membuat persembahan di Perkampungan Anime di City Walk, Jeddah, minggu lalu.

Lapor Arab News, konsert itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dan persembahan khas sempena Festival Jeddah yang bertujuan menonjolkan warisan dan kebudayaan negara.

JAM Project adalah kumpulan muzik anime yang terkenal kerana sering menyanyikan lagu-lagu tema siri anime seperti Garbo, Cardfight, Cyborg 009, Yu Gi Oh, One Piece dan One Punch Man.

JAM merujuk kepada ‘Pembuat Animasi Jepun’ dan kumpulan itu ditubuhkan sejak 19 Julai 2000 oleh Ichirou Mizuki.

Seorang penonton, Waad Al-Harbi, 24, berkata, dia mengetahui tentang kumpulan itu menerusi lagu One Piece.

“Mendengar lagu kegemaran saya secara langsung adalah impian yang menjadi kenyataan,” katanya.

Bagi Feras Bukhari, 28, dia sangat terhibur dengan konsert yang sangat bertenaga itu.

Susulan kejayaan konsert itu, Mamasmi Okui memuat naik gambar dalam Twitter dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Arab Saudi yang menyokong konsert mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.