Angka korban insiden letupan di Afghanistan meningkat 16 orang - Utusan Malaysia

Angka korban insiden letupan di Afghanistan meningkat 16 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Angka kematian akibat empat insiden letupan yang menggegarkan Kabul dan Mazar-i-Sharif di Afghanistan, meningkat kepada sekurang-kurangnya 16 orang.

Menurut pihak berkuasa, kumpulan Daesh mengaku melakukan beberapa serangan tersebut.

Seorang pegawai kesihatan dan polis berkata, sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam letupan membabitkan tiga bas mini di utara bandar Mazar-i-Sharif.

“Bom itu diletakkan pada tiga bas mini di daerah berbeza di bandar tersebut,” kata jurucakap polis wilayah Balkh, Asif Waziri sambil menambah 15 orang lagi cedera.

Ketua Jabatan Kesihatan Balkh, Najibullah Tawana berkata, tiga wanita merupakan antara 10 mangsa terbunuh dalam letupan itu.

Beberapa jam selepas insiden itu, kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan bas mini tersebut.

Satu lagi letupan menggegarkan sebuah masjid di Kabul.

Terdahulu, jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran menerusi satu ciapan memaklumkan enam orang terbunuh dan 18 cedera dalam letupan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya