Angka korban bangunan runtuh di Iran meningkat kepada 34 orang - Utusan Malaysia

Angka korban bangunan runtuh di Iran meningkat kepada 34 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Angka kematian akibat runtuhan sebuah blok menara di barat daya Iran meningkat kepada 34 orang.

Jumlah kematian itu dilaporkan oleh media tempatan ketika pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa di bawah serpihan runtuhan bangunan itu.

Sebahagian bangunan komersial 10 tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh di bandar Abadan, Iran pada 23 Mei lalu.

Bangunan itu terletak di kawasan paling sibuk di Abadan yang dikelilingi bangunan komersial, perubatan dan pejabat.

“Jumlah kematian kini mencecah 34 orang susulan penemuan satu lagi mayat pada pagi tadi,” kata Gabenor bandar Abadan, Ehsan Abbaspour seperti dilaporkan agensi berita IRNA.

Menurut pihak berkuasa, empat lagi individu gagal dikesan daripada 38 mangsa yang sebelum ini dikatakan hilang dalam insiden tersebut.

Sementara itu, badan kehakiman wilayah mengesahkan 13 individu ditahan termasuk datuk bandar dan dua bekas datuk bandar kerana disyaki mempunyai kaitan dengan insiden runtuhan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya