Angka korban akibat hujan lebat di Brazil cecah 79 orang - Utusan Malaysia

Angka korban akibat hujan lebat di Brazil cecah 79 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sekurang-kurangnya 79 orang maut akibat banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat melanda negeri Pernambuco, timur laut Brazil sejak beberapa hari lalu.

Seramai 19 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Jardim Monteverde, sempadan antara ibu negeri Recife dan majlis perbandaran Jaboatao dos Guararapes, Sabtu lalu

Hujan lebat turut menyebabkan hampir 1,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman akibat banjir dan tanah runtuh.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menerusi ciapan di Twitter menyatakan kesedihan dan solidariti kepada mangsa bencana.

Bolsonaro juga memberi jaminan kerajaan akan melakukan segala mungkin untuk meringankan penderitaan mangsa.

Tambah beliau, beberapa pasukan dari angkatan tentera, kementerian pertahanan dan kementerian kewarganegaraan akan dikerahkan untuk membantu operasi menyelamat selain menyediakan bantuan diperlukan kepada keluarga terjejas.

Sementara itu, Institut Meteorologi Kebangsaan (INMET) mengekalkan ‘amaran merah’ di Pernambuco iaitu tahap amaran tertinggi bagi banjir dan tanah runtuh. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN