Angka kematian letupan hotel di Cuba meningkat kepada 35 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian letupan hotel di Cuba meningkat kepada 35 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Angka kematian akibat letupan besar di sebuah hotel mewah di pusat bandar Havana meningkat kepada 35 orang.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa Cuba ketika pasukan penyelamat menarik keluar empat lagi mayat mangsa dari bawah runtuhan bangunan itu.

Lapor Al Jazeera, pasukan penyelamat terus mencari mangsa di bawah serpihan runtuhan Hotel Saratoa selepas letupan memusnahkan sebahagian besar bangunan itu.

Letupan itu memusnahkan empat tingkat pertama hotel serta kepulan asap dan debu menyelubungi tempat kejadian.

Operasi pencarian kini tertumpu pada ruang bawah tanah dan bawah tanah bangunan itu.

Kementerian Pelancongan Cuba memaklumkan seramai 51 pekerja berada di dalam hotel ketika letupan itu berlaku.

Pegawai bandar raya Havana, Javier Martinez berkata mayat empat pekerja hotel ditemukan semalaman.

“Masih ada sekumpulan lagi kira-kira 12 hingga 13 orang hilang.

“Keutamaan kami adalah mencari mangsa yang terselamat dan mayat mangsa,” katanya.

Sebelum ini, Pejabat Presiden Miguel Diaz-Canel memaklumkan siasatan awal menunjukkan letupan di hotel mewah itu berpunca daripada kebocoran gas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN