Akur desakan rakyat, PM Sri Lanka letak jawatan - Utusan Malaysia

Akur desakan rakyat, PM Sri Lanka letak jawatan

POLIS menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan pelajar yang menuntut Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa meletak jawatan hari ini selepas puluhan penunjuk perasaan merusuh dengan kumpulan penyokongnya.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk menyaksikan negara ini mengalami kekurangan bekalan makanan, bahan api dan hutang luar negara yang tinggi.

Jurucakap Rajapaksa, Rohan Weliwita berkata, pemimpin berusia 76 tahun itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada adiknya, Presisen Gotabaya Rajapaksa.

Jelas Rohan, keputusan itu dibuat bagi memberi jalan kepada ‘pembentukan kerajaan perpaduan baharu’.

“Saya meletak jawatan serta-merta supaya pembentukan kerajaan perpaduan baharu boleh dibentuk segera.

“Diharap keputusan ini boleh meredakan situasi yang berlaku,” kata Rohan yang memetik kenyataan Rajapaksa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya