NORWICH: Lebih 7,000 domino tumbang melintasi kawasan di sekitar bandar Norwich sempena meraikan sebuah acara perasmian festival seni ke-250.
Lapor Daily Mail, pemasangan itu menandakan perasmian pameran Festival Norfolk dan Norwich yang berlangsung Jumaat lalu.
Domino konkrit seberat lapan kilogram (kg) bagi setiap binaan itu, mula tumbang dari Dataran Anglia hingga ke Forum.
Domino tersebut tumbang dalam masa 30 minit di sepanjang laluan sejauh 2.5 kilometer (km).
Hasil kerja seni itu dipersembahkan oleh artis Julian Maynard Smith.
Ia merupakan versi terbaharu yang diaplikasi di beberapa bandar di seluruh dunia sejak versi pertama pada 2009 bertujuan menghubungkan daerah-daerah di London.
Sementara itu, Smith berkata, kerja seni itu bertujuan menggalakkan masyarakat setempat bersatu dan melihat persekitaran mereka dari persekitaran baharu.
“Ia merupakan usaha penting untuk menghubungkan komuniti dan lokasi berbeza di tempat tertentu,” katanya.










