44 pendatang lemas, bot terbalik di pantai Sahara Barat - Utusan Malaysia

44 pendatang lemas, bot terbalik di pantai Sahara Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAAYOUNE: Sekurang-kurangnya 44 pendatang dan pelarian dilaporkan lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di luar pantai wilayah Sahara Barat.

Lapor Al Jazeera, jurucakap agensi bantuan migran Caminando Fronteras, Helena Maleno berkata, 12 mangsa terselamat dalam tragedi itu apabila bot itu karam di luar pantai Cape Boujdour.

Kata Maleno, pendatang dan pelarian yang terselamat telah ditahan.

Jelasnya, mayat tujuh mangsa sudah dibawa namun lain tidak dapat ditemukan.

Tiada pengesahan segera dari pihak berkuasa di Maghribi yang menganggap Sahara Barat sebagai sebahagian kerajaan Afrika Utara.

Tidak dapat dipastikan arah bot itu menuju namun biasanya kumpulan pendatang berlepas dari kawasan itu cuba sampai ke Kepulauan Canary, Sepanyol.

Maghribi merupakan titik transit utama bagi kumpulan pendatang dan pelarian yang berharap sampai ke Eropah untuk mencari kehidupan lebih baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN