1,730 tentera Ukraine serah diri di kilang Azovstal - Utusan Malaysia

1,730 tentera Ukraine serah diri di kilang Azovstal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Menteri Pertahanan Russia mendakwa seramai 1,730 tentera Ukraine menyerah diri pada minggu ini di kilang keluli Azovstal di bandar pelabuhan Mariupol.

Menurut kementerian dalam kenyataan, seramai 771 anggota rejimen nasionalis Azov menyerah diri dalam tempoh 24 jam.

“Secara keseluruhan, sejak 16 Mei lalu, seramai 1,730 tentera Ukraine sudah menyerah diri termasuk 80 anggota yang mengalami kecederaan,” jelas kementerian.

Kementerian Pertahanan Russia juga memuat naik satu video yang memaparkan tentera menyerah diri sedang berjalan keluar dari kilang tersebut, dengan ada dalam kalangan mereka kelihatan cedera.

Dalam video itu, tentera Russia dilihat memeriksa beg anggota itu ketika mereka keluar.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan tentera Ukraine yang cedera sudah dibawa ke hospital di wilayah dikuasai Russia di timur Ukraine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya