Wanita tertua meninggal dunia di usia 119 tahun

Wanita tertua meninggal dunia di usia 119 tahun

KANE TANAKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Wanita tertua di dunia, Kane Tanaka dilaporkan meninggal dunia hari ini ketika berusia 119 tahun.

Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903 di Fukuoka iaitu tahun sama pengasas kapal terbang pertama di dunia mencipta sejarah iaitu Orville dan Wilbur Wright.

Warga emas itu mempunyai empat anak, lima cucu dan lapan cicit hasil perkahwinan dengan pemilik kedai beras semasa berusia 19 tahun.

Dia sempat melalui dua zaman perang dunia dan semasa serangan virus selesema Sepanyol 1918.

Umurnya juga seiring usia Sukan Olimpik yang bermula pada 1896.

Semasa Olimpik kali terakhir diadakan di Tokyo pada 1964, Tanaka berusia 61 tahun ketika itu.

Warga emas itu tinggal di rumah penjagaan orang tua dan sering bangun seawal pukul 6 pagi.

Keluarga Tanaka yang tidak dapat melawatnya selama 18 bulan semasa pandemik Covid-19 berkata, perasaan ingin tahu yang tinggi dan melakukan matematik adalah rahsia membuatkan mindanya menjadi tajam serta kekal sihat.

Tanaka pernah dua kali diserang kanser dan melalui dua pandemik yang melanda global.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN