Tong gas meletup ketika bersahur, tiga beranak parah

Tong gas meletup ketika bersahur, tiga beranak parah

KEADAAN sebuah rumah yang rosak teruk akibat letupan tong gas di Bandung Barat, Jawa Barat, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan ketika bersahur apabila tong gas di rumah mereka meletup tiba-tiba, menyebabkan sebahagian besar struktur kediaman rosak teruk.

Insiden itu juga menyebabkan tiga penghuni di rumah tersebut mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital.

Mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai Bambang, 40, dan dua anaknya iaitu Indri, 12 dan Erin, 8.

Ketua Pelaksana Tindakan Bencana Daerah Bandung Barat, Duddy Prabowo mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Kompas.com.

Katanya, letupan itu berlaku pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan ketika Bambang dan keluarganya membuat persiapan untuk bersahur.

“Mereka ingin masak juadah sahur, namun dapur gas tidak menyala menyebabkan seorang daripada mangsa cuba membukanya menggunakan mancis sebelum berlaku letupan.

“Letupan itu menyebabkan mangsa tercampak dan struktur rumah mereka musnah,” katanya.

Duddy menjelaskan, insiden itu mungkin disebabkan berlakunya kebocoran gas, namun tidak disedari Bambang dan keluarganya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memeriksa keadaan tong gas sekiranya dikhuatiri berlaku kebocoran bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Selain itu, Duddy memaklumkan, rumah mangsa yang rosak teruk perlu diruntuhkan sepenuhnya kerana strukturnya tidak stabil dan dibimbangi menimbulkan keadaan berbahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya