BEIJING: Tiga angkasawan warga China dilaporkan pulang ke Bumi selepas menghabiskan kira-kira 183 hari di angkasa lepas.
Menurut stesen tempatan CCTV, ia merupakan misi angkasa lepas paling lama oleh China.
Lapor Al Jazeera, kapsul yang membawa tiga angkawasan termasuk seorang wanita, selamat mendarat sebelum 10 pagi (waktu tempatan) selepas menghabiskan kira-kira enam bulan di modul Tianhe di stesen angkasa Tiangong.
Tiga angkasawan itu dikenali sebagai Zhai Zhigang, Ye Guangfu dan Wang Yaping.
“Kapsul Shenzhou 13 berjaya mendarat,” jelas laporkan stesen CCTV.
Ketika ini, satu-satunya stesen angkasa yang berada di orbit adalah Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang mana China dikecualikan.
China dilarang daripada menyertai program ISS berikutan satu undang-undang diluluskan Kongres Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2011 yang menghalang hubungan rasmi dengan program angkasa lepas negara ini berikutan isu keselamatan.
Beijing menghabiskan kira-kira 10 tahun membangunkan teknologi untuk membina Tiangong. – AGENSI










