Tarzan Karachi menginap atas pokok selama lapan tahun - Utusan Malaysia

Tarzan Karachi menginap atas pokok selama lapan tahun

FARMAN Ali menginap di sebuah rumah atas pokok selama lapan tahun. –RUPTLY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Seorang lelaki di Pakistan mendapat jolokan Tarzan Karachi selepas menginap di sebuah rumah atas pokok di bandar itu selama kira-kira lapan tahun.

Memetik laporan Oddity Central, Farman Ali, 28, menjadi perhatian selepas rakaman video mengenai rumah pokoknya yang luar biasa tular dalam media sosial beberapa minggu lalu.

“Orang ramai kagum dengan lelaki yang tinggal di rumah pokok itu untuk tempoh lama.

“Farman memberitahu dia terpaksa kerana tiada pilihan lain,” jelas laporan itu.

Selepas kehilangan kedua ibu bapanya, Farman tidak mampu membeli sebarang jenis rumah dan terpaksa hidup merempat di jalanan.

Menurut Farman, dia memutuskan untuk membina rumah atas pokok selepas sering menerima gangguan dan dihalau.

“Lelaki itu mencari nafkah dengan mencuci kereta, membersihkan luar rumah dan membeli barangan runcit untuk orang lain.

“Ramai membayarnya dengan memberi makanan dan sedikit wang yang tidak mencukupi untuk keperluan hariannya,” jelas laporan itu.

Sementara itu, Farman berkata, rumah pokok itu dibina menggunakan buluh, kayu dan pintu lama untuk melindunginya daripada angin dan hujan.

Malah, katanya, ia juga dilengkapi dengan sebuah sinki, ketuhar kecil untuk memasak dan lampu kecil berkuasa bateri dan pengecas telefon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya