Stadium Antarabangsa Jakarta mampu tampung 14,000 jemaah

Stadium Antarabangsa Jakarta mampu tampung 14,000 jemaah

PEMANDANGAN bahagian depan Stadium Antarabangsa Jakarta di Jakarta Utara. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penduduk Jakarta dijemput menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Stadium Antarabangsa Jakarta yang boleh menampung sehingga 14,000 jemaah. 

Lapor Kompas.com, Penolong Pentadbiran dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Setiausaha Kota Jakarta Utara, Wawan Budi Rohman meminta orang ramai tidak bimbang tidak mendapat tempat ketika mengerjakan solat sunat tersebut. 

Jelasnya, walaupun perancangan awal kapasiti stadium itu boleh dihadiri 8,000 jemaah, namun sebenarnya lokasi itu boleh menampung 14,000 jemaah. 

“Solat sunat tersebut akan dihadiri oleh Gabenor Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta, Anies Baswedan, Timbalan Gabenor, Ahmad Riza Patria serta tokoh ulama,” katanya. 

Menurut Wawan, solat sunat itu adalah kali pertama yang dilakukan selepas pembinaan stadium siap tahun ini. 

Katanya, orang ramai dibenarkan berswafoto di dalam stadium bagi merakam detik terindah dalam hidup mereka semasa hari pertama sambutan Aidilfitri. 

“Penduduk dibenarkan berswafoto di ruang solat berjemaah selepas selesai melaksanakan ibadah itu, melainkan di tempat larangan yang masih dalam pembinaan.

“Jika anda ingin mengambil gambar menggunakan telefon bimbit atau kamera ia adalah percuma dan tidak dilarang,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN