Senjata nuklear 'mesti sedia' digunakan pada bila-bila masa - Kim Jong Un

Senjata nuklear ‘mesti sedia’ digunakan pada bila-bila masa – Kim Jong Un

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar akan meningkatkan keupayaan senjata nuklear negara itu semasa perarakan tentera, semalam.

Perarakan itu menandakan ulang tahun penubuhan angkatan tentera yang turut mempamerkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Gambar yang disiarkan oleh media kerajaan menunjukkan Hwasong-17 adalah antara senjata yang dipamerkan semasa perarakan itu.

Jong Un malah menegaskan kuasa nuklear negara itu ‘mesti bersedia’ digunakan pada bila-bila masa.

“Kami akan terus mengambil langkah mengukuhkan dan membangunkan keupayaan nuklear negara pada kadar terpantas,” katanya lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Mac lalu, Korea Utara menguji ICBM terbesar buat kali pertama sejak 2017 sehingga mencetuskan kecaman meluas daripada masyarakat antarabangsa.

Amerika Syarikat mengenakan beberapa sekatan terhadap negara itu selepas ujian tersebut.

Bagaimanapun, Jong Un langsung tidak terjejas dengan kutukan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.