Sampai ke Anugerah Grammy Presiden Ukraine rayu sokongan, bantuan - Utusan Malaysia

Sampai ke Anugerah Grammy Presiden Ukraine rayu sokongan, bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky membuat kemunculan menerusi rakaman video yang disiarkan semasa Anugerah Grammy berlangsung di Amerika Syarikat (AS).

Dalam video tersebut, Zelensky meminta semua penonton Grammy dan mereka yang hadir dalam majlis tersebut supaya menyokong Ukraine ‘dengan cara apa sekali pun’.

“Apakah yang berlawanan dengan muzik? Kesunyian bandar yang musnah dan mereka yang dibunuh kejam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Isilah kesunyian itu dengan muzik anda. Lakukannya hari ini untuk beritahu cerita kami (Ukraine) dan sokonglah kami dengan cara apa sekali pun, namun bukan dengan berdiam diri,” kata Zelensky.

Perang Rusia dan Ukraine berlanjutan sejak 24 Februari lalu, menyaksikan banyak kemusnahan infrastruktur dan ramai penduduk Ukraine melarikan diri ke negara jiran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN