Russia henti bekalan gas ke Poland, Bulgaria

Russia henti bekalan gas ke Poland, Bulgaria

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia berhenti menyalurkan bekalan gas ke Poland dan Bulgaria bermula hari ini berikutan kedua-dua negara itu enggan membayar menggunakan mata wang rouble.

Lapor Daily Mail, syarikat gas Poland, PGNiG berkata, pihaknya dimaklumkan oleh firma gergasi penjana tenaga Rusia, Gazprom bahawa penyaluran gas melalui saluran paip Yamal-Eropah akan dihentikan.

Ia merupakan penggantungan pertama sejak Presiden Vladimir Putin menuntut negara-negara yang disifatkan sebagai `tidak mesra’ untuk membayar import gas menggunakan mata wang rouble.  

Menteri Iklim dan Alam Sekitar Poland, Anna Moskwa berkata, negaranya bersedia menghadapi situasi itu memandangkan sudah melakukan persiapan selama beberapa tahun untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan tenaga Russia.

Bulgaria pula menyatakan sedang bekerjasama dengan syarikat gas negara untuk mencari sumber alternatif.

Malah, Bulgaria menyatakan tiada sekatan ke atas penggunaan domestik akan dikenakan buat masa ini, walaupun negara Baltik yang mempunyai 6.5 juta penduduk memenuhi lebih 90 peratus keperluan gas dengan import Russia. 

Poland dijangka tidak akan melanjutkan kontrak gas Russia tahun ini.

“Tidak wujudnya kekurangan gas di kediaman Poland,” kata Moskwa dalam satu ciapan.

Poland menerima sekitar sembilan bilion meter padu (bcm) gas Russia setiap tahun, memenuhi lebih separuh daripada permintaannya. 

Namun, ia mempunyai sumber bekalan alternatif termasuk sambungan saluran paip gas dengan Lithuania yang akan dibuka pada 1 Mei depan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN