Russia didakwa `curi' ratusan ribu tan bijirin - Utusan Malaysia

Russia didakwa `curi’ ratusan ribu tan bijirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Russia didakwa mencuri `ratusan ribu tan’ bijirin di beberapa wilayah yang dikepung di Ukraine.

Lapor Al Jazeera, Timbalan Menteri Pertanian Ukraine, Taras Vysotskiy membuat dakwaan itu ketika temu bual bersama sebuah stesen televisyen tempatan.

Dalam temubual tersebut, Vysotskiy turut menyuarakan kebimbangan mengenai kira-kira 1.5 juta tan bijirin lagi yang disimpan di wilayah dikepung yang bermungkinan boleh dicuri oleh tentera Russia.

Dalam pada itu, gabenor wilayah Bryansk, Alexander Bogomaz berkata, dua serangan membedil kawasan perkampungan Zhecha di daerah Starodubsky di Rusia.

Bogomaz menerusi Telegram memaklumkan serangan itu terkena sebahagian terminal minyak dan kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan setakat ini.

Menurut Bogomaz, insiden itu berlaku pada pukul 6.50 pagi (waktu tempatan) ketika pasukan pertahanan udara Russia menghalang pesawat Ukraine daripada memasuki wilayah Bryansk.

Sementara itu, pihak berkuasa Ukraine memberi amaran akan bertindak keras terhadap mana-mana individu yang disyaki membantu Russia dan pasukan tenteranya.

Dibawah undang-undang baharu yang diterima pakai oleh Parlimen Ukraine, individu berkenaan boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun atas kesalahan bekerjasama dengan penceroboh atau memberi sokongan kepada mereka.

Ketua Majlis Keselamatan Ukraine, Oleksiy Danilov berkata, senarai membabitkan pesalah berkenaan sedang disusun dan akan dikeluarkan kepada umum dalam masa terdekat.

Biro Penyiasatan Ukraine memaklumkan pihaknya sudah membuka lebih 200 kes jenayah membabitkan kerjasama dengan penceroboh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya