SUDAH berbelas tahun Syria terlibat dalam perang saudara sejak Mac 2011 dan negara itu berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk krisis kebuluran yang kritikal.
Biarpun pelbagai pihak cuba membantu untuk meredakan konflik yang berlaku, keadaan tetap tidak berubah sehingga kini.
Bahkan, dunia juga seolah-olah ‘terlupa sekejap’ mengenai situasi di Syria berikutan konflik yang masih belum selesai.
Namun, sesukar mana sekali pun, Ramadan tetap disambut penuh kesyukuran di bumi Syria, menyaksikan pelbagai bantuan dihulurkan organisasi kemanusiaan antarabangsa kepada penduduknya.
Walaupun hanya sumbangan berupa bekalan asas, bantuan itu cukup bermakna buat penduduk Syria yang hidup dalam serba kekurangan.