Ratusan pengembara Malaysia masuk ke Singapura - Utusan Malaysia

Ratusan pengembara Malaysia masuk ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Ratusan pengembara merentasi pusat pemeriksaan di Woodlands dan Tuas ketika sempadan Malaysia-Singapura dibuka hari ini.

Buat pertama kali dalam tempoh dua tahun, masyarakat boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan kenderaan persendirian tanpa perlu melakukan ujian Covid-19 atau menjalani kuarantin terlebih dahulu.

Syaratnya, pengembara sudah mendapat dos lengkap vaksin Covid-19 dan kanak-kanak bawah 12 tahun yang belum vaksinasi lengkap perlu ditemani orang dewasa yang sudah divaksin.

Lapor Channel news Asia, orang ramai beratur panjang di Woodlands selama beberapa jam sebelum pintu sempadan dibuka sepenuhnya.

Beberapa minit sebelum sempadan dibuka, sejumlah kenderaan membunyikan hon dan bersorak sambil melambaikan tangan.

Penolong Pesuruhjaya Kanan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA), Chua Tuan Meng berkata, pembukaan sempadan kedua-dua negara itu disifatkan sebagai ‘permulaan kepada hidup dengan Covid-19’.

“ICA dan beberapa agensi lain bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk memastikan pembukaan sempadan ini berjalan dengan lancar dan selamat.

“Sejak mal tadi, operasi di kedua-dua pusat pemeriksaan berjalan lancar dan pengembara turut menyediakan dokumen lengkap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya