Perdana Menteri Pakistan digulingkan

Perdana Menteri Pakistan digulingkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berjaya digulingkan selepas kehilangan sokongan menerusi undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya.

Undian itu diadakan lewat tengah malam tadi, selepas parti pembangkang mengemukakan usul tersebut seperti keputusan yang dikekalkan oleh Mahkamah Agung.

Susulan itu, Pakistan perlu melantik Perdana Menteri Baharu bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Parlimen Pakistan akan bermesyuarat untuk mengundi pemimpin baharu negara, esok.

Perdana Menteri baharu yang dilantik akan memegang jawatan itu sehingga Oktober 2023, sebelum pilihan raya baharu diadakan.

Imran memegang rekod sebagai Perdana Menteri Pakistan pertama yang digulingkan menerusi undi tidak percaya.

Sebelum ini, Mahkamah tertinggi negara memutuskan tindakan Imran untuk menghalang undi tidak percaya adalah tidak berperlembagaan.-BBC

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya