Penyokong Imran tidak restui Shehbaz sebagai PM baharu Pakistan

Penyokong Imran tidak restui Shehbaz sebagai PM baharu Pakistan

PENYOKONG Imran Khan melakukann protes membantah pemilihan Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri baharu Pakistan di Karachi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Parlimen Pakistan melantik Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri baharu negara ini, selepas Imran Khan digulingkan menerusi undi tidak percaya.

Shehbaz yang merupakan Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz memperoleh 174 undi daripada keseluruhan 342 anggota Dewan Rakyat.

SHEHBAZ SHARIF

Pemimpin berusia 70 tahun yang juga merupakan abang kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif itu mendapat sokongan daripada pelbagai parti di bawah Pergerakan Demokratik Pakistan.

Pada mulanya, Shehbaz bersaing dengan bekas Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi yang sebelum ini berada di bawah Kabinet pimpinan Imran.

Namun, ahli politik dari bekas parti pemerintah, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) meletak jawatan beramai-ramai dan sepakat keluar dari dewan, menyaksikan Shehbaz dipilih sebagai presiden baharu negara ini.

Shehbaz yang juga merupakan Ketua Menteri Punjab disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berjaya membangunkan kawasan pentadbirannya dengan pelbagai projek infrastruktur besar.

Beberapa jam selepas pemilihan itu dibuat, ribuan penyokong Imran berhimpun dan membanjiri beberapa bandar utama di seluruh negara.

Penyokong Imtran yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat melaungkan slogan patriotik dan anti-Amerika Syarikat (AS), selain memegang sepanduk tertera mesej menyokong Imran.

Protes itu dilaporkan diadakan di Islamabad, Lahore, karachi, peshawar, Quetta dan Rawalpindi.

Sebagai reaksi, Imran menerusi Twitter mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat negara ini yang menyokongnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya