Penduduk Islam diserang, masjid dibakar di India

Penduduk Islam diserang, masjid dibakar ketika sambutan perayaan di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kumpulan perusuh dari kalangan penganut Hindu keluar ke jalan raya dan menyerang serta membuat ucapan kebencian terhadap orang Islam semasa perayaan Ram Navmi yang meraikan hari lahir Dewa Rama.

Lapor Al-Jazeera, insiden keganasan dilaporkan berlaku di beberapa kawasan seperti Madhya Pradesh, Gujarat, Jharkhand dan West Bengal.

Laungan ‘Jai Shri Ram’ pula berkumandang di setiap kawasan dengan niat menyasarkan penduduk Islam di India.

Berpuluh-puluh video menjadi tular dalam media sosial India sejak minggu lalu yang menunjukkan kumpulan perarakan memakai kain kuning dan sebahagian lain membawa kayu dan pedang.

Kumpulan perarakan berhenti di kawasan kejiranan orang Islam sambil memainkan lagu-lagu provokatif dengan mesej pembunuhan beramai-ramai.

Di sesetengah tempat, provokasi menyebabkan penduduk Islam bertindak balas dengan membaling batu ke arah kumpulan yang berarak sehingga situasi bertukar menjadi tegang.

Difahamkan, anggota polis turut dilihat mencetuskan provokasi terhadap penduduk Islam.

Seorang penduduk Khargone, Fazluddin Shaikh berkata, sebuah masjid di kawasan Sarafa Bazar dibakar oleh kumpulan perusuh Ahad malam lalu, semasa perarakan Ram Navmi.

Katanya, laporan polis telah dibuat tetapi kebanyakan yang ditahan adalah penduduk Islam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN