Shehbaz Sharif serah borang pencalonan jadi PM Pakistan - Utusan Malaysia

Shehbaz Sharif serah borang pencalonan jadi PM Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Presiden Liga-N Muslim Pakistan (PML-N), Shehbaz Sharif dilaporkan menyerahkan borang pencalonannya untuk menjadi perdana menteri negara itu.

Lapor Al Jazeera, Shehbaz merupakan adik kepada Nawaz Sharif yang pernah menjadi Perdana Menteri Pakistan sebanyak tiga kali.

Pemimpin berusia 70 tahun itu mengetuai usaha pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Imran Khan di Parlimen yang akhirnya menggulingkan bekas perdana menteri itu.

Selepas menyerahkan borang pencalonan, Shehbaz menyifatkan penyingkiran Imran sebagai satu peluang untuk permulaan baharu di Pakistan.

Shehbaz disebut-sebut bakal dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu Pakistan esok.

“Subuh baharu sudah bermula dan pakatan ini akan membina semula Pakistan,” katanya di Parlimen.

Jelas beliau, tugasan pertamanya adalah memperbaiki hubungan dengan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan memulihkan ekonomi negara.

Imran disingkirkan sebagai Perdana Menteri Pakistan selepas tewas dalam undi tidak percaya di Parlimen berikutan kemelut politik berlarutan selama beberapa minggu di negara itu.

Speaker Sardar Ayaz Sadiq berkata, sebanyak 174 undi daripada 342 ahli Parlimen yang menyokong usul itu sekali gus undi tidak percaya diluluskan. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya