JAKARTA: Seluruh guru di Daerah Khusus Ibukota Jakarta melarang kepada semua pelajar menyertai demonstrasi yang dianjurkan oleh Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia (BEM SI) di bangunan Dewan Perwakilan Rakyat, hari ini.
Arahan itu berdasarkan surat edaran yang dikeluarkan oleh Kementeri Pendidikan, Kebudayaan dan Teknologi yang meminta pengetua sekolah memantau setiap pelajar.
Pihak sekolah tidak akan teragak-agak memberikan hukuman berat dengan tindakan buang sekolah sekiranya terdapat pelajar yang ingkar arahan tersebut.
Demonstrasi besar-besaran dianjurkan bagi menuntut Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 tidak ditangguhkan dan tempoh pentadbiran Presiden Indonesia, Jokowi tidak dilanjutkan lagi.
Protes juga dianjurkan bagi menuntut penyelesaian terhadap beberapa isu yang membelenggu masyarakat.
Difahamkan, demonstrasi disertai oleh 1,000 mahasiswa dari pelbagai kampus di Jakarta, Bogor, Depok dan Tangerang.-AGENSI