Lebih dua juta jemaah menunaikan umrah 10 hari pertama Ramadan - Utusan Malaysia

Lebih dua juta jemaah menunaikan umrah 10 hari pertama Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berjaya menawarkan perkhidmatan terbaik kepada lebih dua juta jemaah umrah dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan.

Ketuanya, Sheikh Abdulrahman al-Sudais berkata, pihaknya dapat menguruskan kehadiran lebih dua juta jemaah umrah dengan lancar berkat usaha berpadu pelbagai pihak berkaitan.

“Usaha ini membawa kepada penyediaan perkhidmatan terbaik untuk jemaah dan hal itu secara tidak langsung membantu mereka melaksanakan ibadah dengan mudah serta selesa,” katanya seperti yang dilapor Saudi Gazette.

Menurut Sheikh Abdulrahman, kemasukan lebih dua juta umrah itu direkodkan selepas kerajaan Riyadh melonggarkan hampir kebanyakan protokol pencegahan Covid-19.

Sehubungan itu, semua pihak berkaitan terus berusaha menyediakan perkhidmatan bersepadu terbaik kepada jemaah umrah dan haji, selain tetap mengutamakan langkah-langkah kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN