Lebih 30,000 pengembara masuk Singapura, Malaysia pada hari pertama - Utusan Malaysia

Lebih 30,000 pengembara masuk Singapura, Malaysia pada hari pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seramai 33,700 pengembara melepasti pusat pemeriksaan Woodlans dan Tuas sehingga pukul 5 petang semalam, iaitu pada hari pertama pintu sempadan Malaysia dan Singapura dibuka.

Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA), seramai 6,100 pengembara memasuki Singapura dan 27,600 memasuki Malaysia menerusi kedua-dua pusat pemeriksaan.

Sempadan darat antara kedua-dua negara dibuka sepenuhnya tepat pukul 12 malam semalam, pertama kali dalam tempoh dua tahun susulan pandemik Covid-19.

Terdahulu, ICA memaklumkan lebih 11,000 pengembara melepasi kedua-dua pusat pemeriksaan itu dalam tempoh tujuh jam pertama selepas pintu sempadan dibuka.

Sementara itu, pengembara memaklumkan kepada Channel News Asia mereka berasa lega dan gembira kerana berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga selepas terpisah selama dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya