Lebih 11,000 pengembara lepasi Woodlands, Tuas

Lebih 11,000 pengembara lepasi Woodlands, Tuas

DERETAN kenderaan yang ingin memasuki Singapura di pusat pemeriksaan Woodlands. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Lebih 11,000 pengembara berjaya melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam tempoh tujuh jam pertama selepas sempadan Singapura dan Malaysia dibuka hari ini.

Pintu sempadan antara kedua-dua negara dibuka malam tadi, iaitu pertama kali selepas dua tahun ditutup susulan pandemik Covid-19.

Pembukaan pintu sempadan itu juga menyaksikan pengembara dari kedua-dua negara tidak perlu melakukan ujian Covid-19 dan menjalani kuarantin.

Satu jam sebelum sempadan dibuka, pengembara dari kedua-dua negara sudah pun beratur panjang di Woodlands, selain sejumlah kenderaan turut menunggu untuk memasuki Malaysia dan Singapura.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) memaklumkan, kesemua pengembara menyediakan dokumen yang lengkap sebelum meneruskan perjalanan.

“Operasi pembukaan sempadan berjalan lancar dan sehingga pukul 1 pagi, keadaan di pusat pemeriksaan sudah lengang, tiada lagi orang ramai dan kenderaan berbaris panjang,” jelas ICA.

Dalam pada itu, berdasarkan tinjauan wartawan Channel News Asia pada waktu siang di pusat pemeriksaan di kedua-dua arah, pergerakan kenderaan dan orang ramai yang ingin memasuki Singapura dan Malaysia berjalan lancar.

Tiada kesesakan direkodkan berlaku dari pukul enam pagi hingga 9 pagi.

Selain itu, menerusi kenyataan, ICA mengingatkan semua pengembara supaya menghantar kad ketibaan SG (SGAC) dan bukti vaksinasi sebelum datang ke pusat pemeriksaan.

Pemandu kenderaan asing juga perlu mempunyai permit kemasukan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kenderaan Darat dan kad Autopass.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya