Lebih 1,000 tentera Ukraine serah diri di Mariupol - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 tentera Ukraine serah diri di Mariupol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa lebih seribu tentera Ukraine sudah menyerah diri di bandar Mariupol di Ukraine.

Mariupol, sebuah bandar pelabuhan strategik di timur Ukraine dikepung oleh tentera Moscow selama lebih sebulan.

“Seramai 1,026 tentera dari briged marin ke-36 di bandar Mariupol meletakkan senjata dan menyerah diri,” jelas kementerian itu dalam kenyataan.

Menurut kementerian itu, tentera berkenaan menyerah diri berhampiran sebuah kilang keluli dikenali sebagai `Loji Metallurgical Mariupol’ yang dinamakan sempena Illich.

Jelas kementerian itu, antara tentera yang menyerah diri termasuk 162 pegawai dan 47 wanita.

Tambahnya, lebih 100 orang mengalami kecederaan.

Berdasarkan laporan media, Rusia didakwa cuba menghubungkan Crimea serta wilayah Donetsk dan Lugansk di Donbas.

Rusia sudah mengepung Mariupol pada permulaan operasi ketenteraannya.

Ribuan orang awam dipercayai terkorban di bandar itu yang menyaksikan beberapa pertempuran paling sengit dalam konflik tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN